Program Outreach KWSP Taiping Di NADI Gunung Semanggol
26 Mei 2026 | Aktiviti Terkini📢 PROGRAM OUTREACH KWSP TAIPING DI NADI GUNUNG SEMANGGOL 📢
Pada 25 Mei 2026, pihak KWSP Taiping telah hadir ke NADI Gunung Semanggol bagi menjayakan Program Outreach KWSP untuk komuniti setempat.
Melalui program ini, pelbagai perkhidmatan dan penerangan berkaitan KWSP telah disediakan kepada masyarakat, antaranya:
✅ i-Suri
✅ i-Saraan
✅ Pendaftaran i-Akaun
✅ Caruman Sukarela
✅ Khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan KWSP
Pelaksanaan program seperti ini amat membantu dan memudahkan urusan komuniti setempat kerana orang ramai dapat mengakses perkhidmatan KWSP dengan lebih mudah tanpa perlu hadir ke pejabat KWSP di Taiping.
Pihak NADI Gunung Semanggol merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KWSP Taiping atas kerjasama serta usaha mendekati masyarakat melalui program outreach ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: